Permohonan Jadi Ejen Takaful Ikhlas Telah Diluluskan

Pada hari Isnin bersamaan 24hb Ogos 2026 yang lalu, saya menerima mesej dari anak saudara saya (yang merupakan anak sepupu saya) menyatakan permohonan saya untuk menjadi Ejen Takaful Ikhlas telah diluluskan. Hehe. Anak saudara saya ini telah belasan tahun rasanya berkecimpung dalam bidang takaful dan kewangan ni. Saya sebenarnya berminat dengan bidang ini dan telah pun menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination – TBE (Paper Part A & C) pada 11 May 2014 yang lalu. Tapi saya tak buat sebab saya malu. Haha.

Jadi, sejak akhir-akhir ini, saya macam terpanggil untuk mendalami bidang Takaful ini. Ialah, saya ada lah ambil beberapa jenis takaful tapi saya lupa dan saya rasa takaful ni pada zaman ini adalah sebahagian daripada diri kita dah sebenarnya. So, kena ambil tahu. Penting. Namun, setelah seminggu menjadi Ejen, rupanya ianya tidak mudah ya. Bukan setakat perlu lulus TBE, tetapi banyak sangat benda perlu belajar, antaranya tentang sistemnya, tentang produk, tentang tuntutan client, tentang hibah dan untuk sustain di dalam bidang ini juga kena belajar kewangan. Ini nanti dah jadi sifu sifu, memang kena belajarlah kewangan, hehe. Actually bidang ni bagus.

So, kepada sesiapa yang nak berjumpa saya dan mendengar saya bercerita tentang produk Takaful Ikhlas, boleh hubungi melalui emel saya di adila@dilahouse.com. Nanti kita buat temujanji (saya area Selangor & Kuala Lumpur). Jika selesa, boleh je sign polisi dengan saya nanti.. Hehe. Ada macam-macam produk tau. Nanti saya akan update video penerangan saya di Tik Tok saya, @dilahouse. Takaful ni penting, untuk diri kita, untuk company kita iaitu untuk staf dan juga pengarah, dan untuk anda yang berkahwin dan ada anak, untuk anak juga seperti kesihatan anak dan juga pendidikan anak. Seronok tau jika kita benar-benar memahami takaful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *