Kita hidup di arus persaingan,
Sana sini pitching mencari dana,
Lumrah manusia hadapi pertunangan,
Tetaplah beradat walau setinggi mana.
Pantun ini sebenarnya menyampaikan mesej tentang keseimbangan antara dunia moden yang kompetitif dan dunia tradisi yang beradat.
Baris pertama dan kedua:
“Kita hidup di arus persaingan / Sana sini pitching mencari dana”
Ini menggambarkan dunia moden yang kompetitif di mana ramai orang sibuk “pitching”, membentang idea, mengejar peluang dan dana. Ada unsur bangga dan keghairahan dalam dunia profesional dunia moden yang kompetitif dan dunia tradisi yang beradat..
Baris ketiga:
“Lumrah manusia hadapi pertunangan”
Ini membawa kita kepada kehidupan peribadi di mana dalam kesibukan dunia moden, manusia tetap melalui fasa tradisi seperti pertunangan (simbol adat, hubungan, dan budaya) yang sarat nilai budaya dan emosi.
Baris keempat:
“Tetaplah beradat walau setinggi mana”
Ini ialah mesej utama iaitu walaupun kita hidup dalam dunia moden yang kompetitif menyebabkan kita adakala terpaksa memberitahu kelebihan kita secara terang-terangan di hadapan Juri, namun cara kita berkomunikasi ketika dalam urusan hidup tetaplah perlu berlandaskan budi bahasa, sopan santun, dan adat Melayu. Kejayaan, status, atau kemodenan tidak sepatutnya menghapuskan adab. Ia menekankan konsep rendah hati dalam kejayaan dan kesantunan dalam komunikasi.
Kesimpulan:
Pantun ini mengangkat idea bahawa kemajuan dan persaingan itu perlu, tetapi ia mesti seimbang dengan nilai budaya dan adab.
Pantun dicipta dan ditulis oleh,
Wan Nuradila Huda Binti Wan Zaidon
M.Sc Real Estate, UTM, 2008
