Apa Itu High Value Woman?
Istilah “High Value Woman” sebenarnya bukan istilah rasmi dalam psikologi atau sains sosial. Ia lebih kepada konsep popular dalam perbincangan tentang self-development dan hubungan moden.
Sering disalahpahami oleh masyarakat apabila memperkatakan tentang High Value Woman, ianya adalah kombinasi wanita yang mempunyai kecantikan yang anggun, profession pekerjaan yang profesional, memiliki wang yang banyak dan aset yang stabil serta mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Ianya salah sama sekali kerana semua ini sebenarnya adalah penyokong nilai tambah kepada wanita yang ada ciri High Value Woman.
Sebenarnya, Nilai Tinggi Wanita (High Value Woman) itu adalah tentang karakter, mindset, dan cara seseorang wanita menghargai dirinya sendiri, bukan faktor luaran. Ianya merujuk kepada wanita yang mempunyai nilai diri yang tinggi yang terdiri daripada sikap, prinsip hidup, keyakinan diri, dan cara dia menghargai dirinya sendiri.
Mengapa High Value Penting?
Kepentingan High Value Woman itu sebenarnya bukan hanya terhad kepada diri seorang wanita itu sahaja malahan ianya boleh melempiaskan kebaikkan kepada masyarakat jika ramai wanita memiliki sifat High Value Woman.
Kepentingan kepada wanita itu sendiri adalah:
Dengan memahami konsep High Value Woman, seorang wanita dapat:
- Menangani konflik dan cabaran dengan matang dan tenang tanpa perlu menyombong diri.
- Menetapkan batasan yang sihat dalam hubungan.
- Membina keyakinan diri dan self-respect.
- Memilih pasangan atau rakan yang sejajar dengan nilai hidupnya.
- Fokus pada matlamat hidup dan pembangunan diri.
Kepentingan High Value Woman kepada masyarakat adalah:
Apabila terdapat ramai High Value Woman, secara tidak langsung ianya menyumbang perkara positif kepada masyarakat iaiitu
- Menjadi contoh teladan positif
- Menyumbang kepada hubungan sosial yang sihat
- Meningkatkan produktiviti komuniti
- Menyebarkan kebaikan secara tidak langsung
- Mengurangkan konflik dan negatif sosial
Kesimpulannya, High Value Woman adalah wanita yang menghargai dirinya, mempunyai prinsip hidup, dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Dia tidak mengukur nilai dirinya berdasarkan pengiktirafan orang lain, tetapi melalui integriti, keyakinan, dan cara dia menjalani hidup. Memahami konsep ini bukan sahaja membantu wanita menjadi lebih kuat, tetapi juga menarik hubungan yang sihat dan positif dalam hidup mereka. Dengan kata lain, menjadi High Value Woman adalah tentang menjadi versi terbaik diri sendiri, bukan sekadar memenuhi standard luaran masyarakat.
Ditulis oleh,
Wan Nuradila Huda Binti Wan Zaidon
M.Sc Real Estate, UTM, 2008

Terima Kasih atas penulisan artikel yang bermanfaat. Teruskan mengupas lebih banyak topik berkenaan menjadi wanita “high value”.