Saya yakin!
Saya pasti!
Yakin dan pasti nampak seperti sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan yang halus dan penting.
1. Yakin
Yakin ialah rasa percaya yang kuat terhadap sesuatu, walaupun belum tentu ada bukti mutlak.
Contohnya:
• Aku yakin aku boleh berjaya.
• Aku yakin dia orang yang baik.
Yakin datang daripada kepercayaan, pengalaman, atau gerak hati. Ia lebih kepada emosi dan kepercayaan dalaman. Kita rasa kuat tentang sesuatu, walaupun masih ada kemungkinan lain.
2. Pasti
Pasti pula membawa maksud tiada keraguan lagi. Ia lebih jelas dan tegas.
Contohnya:
• Aku pasti ini keputusan yang aku mahu.
• Aku pasti ini jalan yang aku pilih.
Pasti lebih kepada keputusan dan ketetapan. Bila kita pasti, kita tidak lagi berada dalam keadaan berbelah bahagi.
Perbezaan Ringkas
• Yakin; Percaya dengan kuat, tapi masih ada ruang kemungkinan.
• Pasti; Sudah tetap dan tidak ragu-ragu.
Seseorang boleh yakin, tetapi belum tentu pasti kita nak libatkan diri kita.
Contohnya, kita boleh yakin seseorang itu baik untuk kita. Tetapi untuk pasti mahu hidup bersama dia, itu memerlukan keputusan yang lebih mendalam.
Dalam Kehidupan
Yakin memberi kita keberanian.
Pasti memberi kita arah.
Yakin membuatkan kita berani mencuba.
Pasti membuatkan kita benar-benar melangkah.
Sebab itu, kalau hanya yakin tanpa menjadi pasti, kita mungkin masih bertangguh. Tetapi apabila sudah pasti, tindakan akan jadi lebih jelas dan tegas.
So, antara yakin dan pasti. Pasti akan menggerakkan hala tuju kemajuan kita. Tak pasti…contohnya tak pasti nak buat mana dulu memang menyebabkan kita bertangguh. Kita yakin dia baik tapi tak pasti betul-betul ke kita nak dia atau tak nak, akan menyebabkan nantilah kahwin-kahwin ni. So, kepastian amat perlu dalam kehidpuan seharian kita supaya kita tidak bertangguh. Macam mana nak kan kepastian? Tak pasti ni timbul kerana minda kita keliru, kerana nak ‘mode selamat’. Ntahlaa..
