Dah bertahun-tahun.. Hampir 10 tahun, saya sebenarnya teringin nak ada 1 website dengan namasaya.com. Ramai kata, tak kira orang IT atau orang bukan IT kata, “senang je.. nak buat website nama sendiri tu.. Beli domain lepas tu buat laa.. Guna wordpress“. So, saya pernah beli domain nama sendiri dan kemudian tak jadi apa-apa.. Peram dan dah habis dah pemilikan. Membazirnya aku! Saya fikir.
Nak dijadikan cerita malam pada 14 Februari 2026, saya buka exabytes dan saya beli domain dan hosting sekali. Sebab saya tak pandai cari tempat server free / hosting free. Saya sebenarnyar terfikir.. Tik tok saya tahun lepas views cecah 3.4mil dan Thread saya tak sampai 6 bulan views cecah 1mil hampir setiap hari.. Saya bukan orang famous. Jadi, jumlah tu banyak bagi saya. Saya fikir itu tetap asset orang, dibawah kendalian orang. Jika berlaku penutupan suatu hari nanti, habis semua penulisan saya. So, saya beli domain dan saya beli hosting dan saya gembira. Chewwah πΈππΌπΈ
Lepas tu saya installed wordpress.. Domain saya pilih auto connect dengan hosting dah.. Hahaha. Lepas dah install. Saya pun google search domain saya. Website tak wujud!
Dah rasa tak best. Saya tanya ChatGPT, katanya domain baru hosting baru, ianya under propagation. Saya dah terkejut, apa pulak propagation ni? Maksud dia penyebaran atau pembiakan. Ia merujuk kepada proses menyebarkan idea/maklumat, membiakkan tumbuhan/haiwan, atau penghantaran gelombang (seperti cahaya/bunyi) ke kawasan yang lebih luas. Ooo.. Lepas tu dia suruh check propagation. Semua negara dalam keadaan masih pangkah. Xde IP address saya. So, saya tunggu lah 24 jam.
24 jam berlalu, saya terus check. Masih sama. Saya rasa ada benda tak kena ni. Banyak saya tanya kat ChatGPT. Macam-macam lah saya check.. servername kat exabyte, servername kat plesk. Chatgpt suruh cari cPanel. Saya tak jumpa.. Rupa-rupanya plesk tu cPanel laa.. Setting DNS semua kat situ ππ . Password yang dia generate semua panjang2 ya. Saya ubah servername.
Setelah 24 jam lagi, xde apa berlaku. Sy dah rasa! Terkena dah aku! Diaorang ni betullah..cakap senang wordpress main tarik-tarik je.. Ini website pun tak live ni apa cerita..? Huhu.. Saya contact technical exabytes. Mula2 AI jawab. Pastu rumit sangat agaknya saya tanya macam2. Technical person jawab. Macam-macam laa saya tanya. Finally, pukul 12 malam lebih, website saya live.. Weeee ππΌπΈππΌ Saya rasa happy sampai melompat-lompat semalam.. Hahhahahhaha.. (Macam biasa, bila saya happy saya akan auto lompat-lompat)
So, malam tadi mengantuk, tapi teruja.. Saya asyik fikir.. Apa aku nak tulis dalam website aku tu ya.. Bestnya!
Dan…kiranya saya telah berjaya livekan website saya ππΈπ Ini first time tau. Hmm.. Alhamdulillah. Saya boleh πͺππΌππΌ

ποΈ Artikel ini telah dibaca 15 views kali