Ianya adalah UKUR LILIT PINGGANG X TINGGI BADAN
Saya baru tahu perkara ini hari ini 😊 dan dengan senang hatinya ingin berkongsi bersama semua pembaca saya 🤗 Kaedahnya sangat mudah:
Ukur lilit pinggang dalam sentimeter. Kemudian ukur tinggi anda dalam sentimeter. Kemudian, bahagikan lilit pinggang dengan tinggi badan anda.
Contoh: Lilit pinggang = 90cm. Tinggi badan 170cm. Oleh itu 90cm bahagi 170cm = 0.53
Petunjuk kesihatannya adalah mengikut angka keputusan bahagi yang kita dapat. Ianya seperti berikut:
1. Jika keputusan bawah dari 0.5; risiko kesihatan adalah rendah.
2. Jika keputusan dari 0.51 sehingga 0.59, risiko kesihatan mula meningkat (gaya hidup perlu diperbaiki)
3. Jika keputuan 6.0 dan ke atas, risiko kesihatan tinggi (Ubah gaya hidup segera)
Jangan panik, sekiranya ukuran anda 0.51 dan ke atas, sila:
1. Perbaiki corak makan
2. Kurangkan gula dan makanan ultra proses
3. Tingkatkan pergerakan harian
4. Tidur yang cukup dan berkualiti
5. Urus tekanan dan stress
p/s: Saya punya tadi 0.54. Sedih. Saya kena ubah gaya hidup saya
