by Dilahouse.com
Resepi ini ada saya ubah sikit tapi resepi asal saya dapat dari Tik Tok di link ini Resepi Ayam Masak Bawang. Saya baru je buat kejap ni tadi dan makan. Ya Allah sedapnya. Terima kasih kepada Dya Syazzy, terima kasih banyak-banyak berkongsi resepi sedap. Ya Allah, betul sedap! Thanks.. Saya tak sangka asas rempah masakan Ayam Masak Bawang ni adalah serbuk kari dan serbuk cili. Thank you.. Thank you..
Bahan-bahan
Sila sediakan bahan-bahan ini:
Bahan Utama:
1/2 bahagian ayam
1 biji bawang besar merah hiris-hiris nipis
Bahan Untuk Kisar:
1 sudu kecil KFC jintan manis
1/2 sudu kecil KFC jintan putih
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih (saya punya saiz besar tadi)
4 biji bawang merah sederhana besar
Bahan Tambahan Ketika Menumis Bahan Kisar Untuk Dijadikan Kuah Masak Bawang:
Minyak masak untuk menumis bahan kisar
2 helai daun pandan di potong-potong
3 sekawan; 1 inci kulit kayu manis, 2 biji pelaga dan 1 1/2 bunga lawang
2 sudu besar serbuk kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cayenne pepper
2 peket kecil sos cili brand Life
1 sudu kicap Jalen lemak manis (Ganti sos tiram.. Sebab saya tak makan sos tiram)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih Ajishio secukup rasa
Segelas air untuk bagi tumisan kuah mesra dan dapatkan teksture serbuk kari dan cayenne halus.




Cara Membuatnya
A. GORENG BAWANG & GORENG AYAM
Hiris bawang besar merah nipis-nipis dan goreng sehingga warna keemasan dan angkat.
Kemudian.. Gaul ayam dengan kunyit dan garam dan kemudian….Goreng ayam.. Tak garing & tak keras.. Lembut je daging ayamnya tetapi masak.
Ketepikan kedua-dua bahan ini.




B. KISAR
Campurkan semua bahan untuk dikisar di atas; jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih dan bawang merah sederhana besar dalam 1 blender, masukkan air secukupnya dan kisar sehingga halus.

C. TUMIS
Letakkan sedikit minyak masak dalam kuali / frying pan. Minyak dah panas, letak 3 sekawan; kulis kayu manis, buah pelaga dan juga bunga lawang. Goreng. Nampak 3 sekawan dah mula bengkak, letak daun pandan. Gaul-gaul sekejpa kemudian letak bahan kisar. Masukkan serbuk kari dan juga cayenne pepper. Masukkan sikit air, dalam 1/4 gelas. Dah rata serbuk kari dan cayenne pepper dengan bahan kisar, letak kicap lemak manis 1 sudu. Masukkan sikit air, dalam 1/4 gelas. Sambil tu letak sos cili dan gram secukup rasa. Gaul dan letakkan serbuk lada putih ajishio secukup rasa juga. JIka nampak pekat, masukkan lagi sikit air, dalam 1/4 gelas. Gaul. bagi tumisan kuah mesra dan dapatkan teksture serbuk kari dan cayenne halus. Masukkan ayam goreng tadi dan sambil tu masukkan lagi sikit air, dalam 1/4 gelas. Dah okay, tutup api dan letak semua bawang goreng tadi. Gaul-gaulkan.






Dah siap. Boleh makan!
Kesimpulan & Cadangan
Ayam masak bawang ni sangat sedap tadi saya makan bersama nasi kosong. Ayah saya selalu makanan nak berkuah, tapi tadi ayah saya boleh makan dan ayah saya kata sangat sedap. Saya beritahu ayah saya, saya ambil resepi dari mana tadi. Ayah saya kata baik orang yang share resepi ni di Tik Tok itu. Semoga dia dapat pahala ya Dila.. Kita dapat resepi yang sedap.. Tak bazir bahan masakkan… Saya happy! Saya mesti paksa adik bongsu makan juga.. Hahahhahaha… Saya dapat bayangkan kalau dapat makan dengan nasi minyak pun sangat sedap seperti mana yang dicadang oleh oleh pemilik resepi ini dalam video tik toknya. Makan ayam masak bawang ni dengan nasi kosong dan telur mata kerbau pun sedap juga ni rasanya.

Harapan
Saya harap pembaca boleh cuba resepi Ayam Masak Bawang ini. Memang tidak mengecewakan. Alhamdulillah.
Terima kasih.
Ditulis oleh,
WAN NURADILA HUDA BINTI WAN ZAIDON
M.Sc Real Estate, 2008, UTM.