Perkembangan Bina WordPress

Hmm.. Dah sebulan saya berkecimpung dalam mengendalikan hosting dan juga website. Sambil saya menulis blog / artikel.. Sambil itu, jika ada masa, saya akan buat perubahan untuk mencantikkan dan memajukan website saya ini.

Saya dah pandai macam-macam juga dalam wordpress ni. Dan dah mula familiar. Alhamdulillah. Saya menggelarkan diri saya sekarang sebagai Programmer WordPress 🤭 Hahahahahahhahha.. Hmm… Kenapa lah saya tak mula belajar buat wordpress 10 tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu, 20 tahun yang lalu bila bercakap pasal komputer, CPU, Laptop, Internet, Website… Saya mengharapkan orang buatkan dan sediakan untuk saya. Hahahahahha…

Sebenarnya mengendalikan hosting tak adalah susah sangat. Sekarang saya dah pandai tau.. Backup! Bila ada nak kena update version untuk Plug-In dan juga Theme, mesti kena Backup. Kemudian update Plug-In dan check website, function or x function after update. Jika semuanya okay, update pulak Theme dan check lagi website, design berterabur ke tak, link okay ke tak. If okay, dah siap! Sambil saya berbual dengan adik beradik dan ayah saya pun saya boleh buat process update ini.

Namun bab wordpress ni mencabar bagi saya. Bagi saya wordpress tak semudah yang orang luar cakap, tarik-tarik je dah siap website. Tak.. Ianya rumit. Jika tiada ketabahan, otak yang sedang bebas dari fikirkan yang lain-lain (iaitu tak fokus), tak akan dapat apa yang kita mahu. Ianya meletihkan otak dan juga badan saya kerana otak saya bekerja keras berfikir. Nasib baik lah zaman sekarang dah ada Chatgpt dan juga Gemini. Hmmm, saya selalu terfikir, macam mana orang 10 tahun lepas 20 tahun lepas buat website ni. Macam mana mereka belajar, mereka refer kat mana… Saya kagum dengan orang dulu-dulu yang dah terlibat dengan IT sejak 10 tahun 20 tahun 30 tahun yang lalu.

Malam tadi saya buat Navigation Structure untuk website saya. Dan Alhamdulillah ianya menjadi. Saya asyik bawa cursor ke menu saya tu dan chewwah tgk nanti ada sub title muncul di bawahnya.. Sampai sekarang saya masih rasa gembira tentang kejayaan kecil saya semalam. Hahahahahhaha.
Best best best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *