
Semalam saya scroll thread. Tiba-tiba terbaca kisah ikhtiar dapat jodoh oleh seseorang.
Bagi saya kaedah petua melalui daun sireh ini sangat unik kerana ianya ada tapi jarang diberitahu secara meluas kepada masyarakat moden kini. Ianya adalah petua orang tua-tua dahulu, zaman nenek dan moyang kita.
Jika sebelum ini, petua sireh yang saya pernah dengar adalah ‘makan sireh hantaran orang kahwin, nanti tak lama lagi akan berjangkit akan berkahwin’. So, saya dulu masa usia 20-an dan awal 30-an memang mengelak kerana risau ianya menjadi. Sebab ada beberapa orang lakukan, dan ianya menjadi. Menarik! Tapi baru-baru ini saya ada lah makan sireh akhirnya kerana saya masih tak pernah bertemu jodoh walaupun dah usia 40-an. Tapi bukan sireh orang kahwin. Pagi tu, saya keluar tengok ibu saudara saya petik beberapa ulam dan sayur di rumah kakaknya (ibu sudara saya juga). Selepas itu mereka nampak pokok sireh mereka dan saya. Mereka terus petik daun sireh itu dan mereka suruh saya makan. Hmm.. Saya makanlah. Selawat dan makan. Ikhtiar sahaja. Saya ikut cakap ibu saudara. Yer lah, kesian kat saya, masih single. Haha. Okay, rasa daun sireh itu pedas.
Berbalik kepada bacaan saya di Thread semalam, satu lagi cara amalkan petua daun Sireh.. Ini pertama kali saya tahu, iaitu Rebus Dauh Sireh & Mandi. Saya tertarik dan telah meminta izin kepada pemilik yang berkongsi petua ini di Thread dan beliau telah mengizinkan saya untuk meletakkan di website saya.
Saya lampirkan petua ini untuk kita kongsi bersama dan kepada pemilik asal petua yang telah berkongsi petua ini, mari kita doakan agar Semoga setiap kebaikan dan petua yang dikongsikan menjadi asbab dipermudahkan urusan jodoh sesiapa yang mengamalkannya dan mengalir pahala berpanjangan buat beliau.

