4 Sebab Mengapa Lelaki Jadi Berhati-hati / Senyap Apabila Wanita Telah Menunjukkan Minat Padanya Terang-Terangan

Setiap perkenalan atas tiket calon jodoh, seorang wanita semestinya mengharapkan itulah jodoh dan akan berakhir ke perkahwinan. Dan, harapan ini semakin kuat apabila bertemu lelaki yang nampak handsome di matanya, boleh berbincang, akui tidak tahu jika tidak tahu, tidak tersinggung bila wanita memberikan tunjuk ajar sikit, malah daripada tunjuk ajar sikit wanita itu lelaki itu cuba ambil alih kembali dan mengetuai (bijak). Nampak Gentleman! Wanita akan suka. Dan biasanya bila wanita telah jatuh suka, ada sesetengah wanita jujur dengan perasaannya dan pamerkan tindakan menunjukkan dia suka atau memberitahu kepada lelaki itu bahawa dia sukakannya. Namun, kebanyakkan lelaki berusia 35 dan ke atas, biasanya lelaki ini akan tiba-tiba menjadi berhati-hati, jarakkan diri dan adakalanya senyap. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan adakala bulan berganti bulan. Apabila wanita whatsapp, hanya sepatah-sepatah lelaki itu balas. Dan lama-lama terus senyap keduanya, tapi fasa ini menyebabkan hati wanita sedikit terguris dan ada sesetengah wanita ambil masa 1 bulan juga untuk okay kembali melupakan harapan sebelum ini. Jadi, mengapa lelaki tiba-tiba jadi menjadi berhati-hati, jarakkan diri dan adakalanya senyap?

1. Niat asal tidak sama

Ada lelaki yang masuk ke fasa berkenalan sekadar mahu berkawan, biasanya untuk mengalih perhatian hatinya selepas putus percintaan dengan teman wanitanya yang terdahulu, atau ada juga yang berkenalan dengan tujuan melihat kemungkinan seperti jika tersuka dan ada luck kahwin, jika tidak tak mengapa…dengan kata lain ini memang lelaki yang sukar jatuh cinta atau ambil masa untuk jatuh cinta kepada wanita; perasaan suka yang kuat mungkin hadir setelah benar-benar mengenali wanita itu. Jadi, bila wanita sudah jelas mahukan arah ke perkahwinan, dia mungkin rasa tidak selari lalu berundur.

2. Takut komitmen

Perkahwinan membawa tanggungjawab besar; kewangan, emosi, kepimpinan, keluarga. Ada lelaki yang sedar dia belum bersedia dari segi kewangan, kerjaya atau mental. Daripada berterus terang, ada yang memilih cara mudah: menghilang.

3. Terlalu banyak pilihan

Dalam era media sosial dan aplikasi, pilihan terasa tidak terbatas. Ada lelaki yang sentiasa fikir “mungkin ada yang lebih sesuai”, jadi dia sukar membuat keputusan muktamad.

4. Tekanan & ekspektasi

Bila wanita telah menyatakan suka padanya, dia mungkin tertekan. Dan cara dia menangani tekanan itu adalah dengan diam sahaja. Dia tak nak berterus terang beritahu tak nak kepada wanita itu kerana dia risau wanita itu mungkin terasa atau jadi tertekan pula kerana lelaki itu dan wanita itu belum benar-benar kenal, jadi langkah mudah dia diam.

Kenapa ada yang teruskan dan ada yang hilang?

Lelaki yang jelas tujuan hidupnya, bersedia dari segi tanggungjawab, matang emosi dan benar-benar nampak keserasian dengan wanita itu, biasanya akan sambut perasaan suka wanita itu terhadapnya dan lelaki itu akan memimpin hubungan ke arah perkahwinan.

Lelaki yang masih keliru dengan diri sendiri, takut kehilangan kebebasan, atau tak rasa chemistry / spark atau tidak nampak adanya keserasian terhadap wanita itu cenderung untuk perlahan-lahan menjauh atau “ghosting”.

Yang penting untuk wanita faham

  1. Jika lelaki hilang tanpa penjelasan, itu sendiri sudah jawapan bahawa dia tidak tertarik dengan awak apatah lagi mahu berkahwin dengan awak, tidak akan. Jadi sekiranya pertemuan pertama awak telah suka dan menaruh harapan padanya, hentikan dan ubati hati sendiri cepat-cepat k.
  2. Lelaki yang benar-benar mahu berkahwin tidak akan sengaja menghilangkan diri.
  3. Kejelasan niat sangat penting dari awal daripada tempoh berkenalan yang lama. Dan jika dia hilang hanya setelah pertama kali berjumpa anda, anda patut bersyukur, dia tidak mempermainkan hati anda dan tidak membuang masa anda,

Jangan sedih-sedih, Insya-Allah jodoh itu ada cuma kita tak tahu bila dan yang penting jangan tutup pintu hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *