Di dalam fasa membina kehidupan, ada perkara yang boleh kita kawal, dan ada risiko luar jangka yang boleh berlaku seketika cuma tetapi memberi kesan yang panjang. Tanpa persediaan perlindungan yang betul, simpanan yang dibina bertahun-tahun boleh menyusut dalam sekelip mata akibat 3 faktor utama:
1. Kos Perubatan Yang Semakin Meningkat:
Kos rawatan hospital swasta meningkat sekitar 10%–15% setiap tahun. Tanpa kad perubatan, kos ini perlu ditanggung sepenuhnya menggunakan wang simpanan sendiri.
2. Kehilangan Pendapatan Akibat Sakit Kritikal:
Apabila diuji dengan penyakit kritikal, fokus utama adalah untuk sembuh. Namun, komitmen bulanan dan sara hidup keluarga tetap perlu berjalan seperti biasa walaupun kita mungkin tidak lagi mampu bekerja.
3. Ketiadaan Pengganti Nafkah:
Risiko kematian ketua keluarga bukan sahaja memberi impak emosi, malah boleh melumpuhkan ekonomi keluarga yang ditinggalkan secara mendadak jika tiada dana kecemasan yang tersedia.
