Ini adalah ironi kehidupan…
Sekilas pandang…
Sebenarnya, semua ni berpunca dari satu perkara, iaitu…orang selalu nak apa yang mereka tak ada sekarang.
Orang bujang mahukan pasangan, kestabilan, dan percintaan.
Orang yang dah berkahwin mungkin merindui kebebasan, ruang sendiri, atau masa untuk diri sendiri.
Orang yang dah bercerai mungkin rindukan sebuah hubungan baru dan berharap untuk buat lebih baik kali ni.
Biasanya, bukan pasal kahwin itu sendiri, tetapi.. lebih kepada sifat manusia.
Kita cenderung idealisasikan apa yang kita tak alami.
Kita fokus pada sisi baik di sisi lain.
Kita lupa… atau kita mungkin underestimate… cabaran yang datang sekali dengan situasi itu.
Kawan-kawan… ni kebenarannya…
Kahwin adalah sesuatu yang kita patut hargai dan jaga.
Bujang memberikan kita kebebasan, tapi tak bermakna kita bebas dari cabaran hidup sendiri, terutama bila sakit atau dalam kesusahan.
Bercerai pula adalah fasa tenang dan penemuan diri, membantu kita faham diri sendiri dan apa yang kita benar-benar nak untuk masa depan.
Kebahagiaan itu sebenarnya lebih bergantung pada perkara seperti…
Emosi matang
Komunikasi yang baik
Kesedaran diri
Memilih pasangan yang tepat, dan…
Timing
Ya… Timing.
Setiap fasa hidup ada naik turunnya sendiri. Kunci sebenar bukan tukar status bila kita sedih atau struggle dengan keadaan sekarang… Tapi… bina mindset dan skill yang buat kita thrive dalam apa jua fasa hidup.
Jadi… bahagialah.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Setiap insan berhak membuka peluang diri agar bertemu jodoh. Semoga jiwa mencapai ketenangan dengan bertemunya jodoh.
Assalamualaikum wbt.
